Selasa, 9 Jun 2009

Berarak Awan Mendung Yang Kelabu

hari ini aku membuka mata dengan harapan aku dapat menjalankan segala rancangan aku bersama-sama rakan berjalan dengan lancar.
aku dibangunkan dari tidurku oleh ayahku untuk bersama-sama ke masjid. kami menunaikan solat fardhu subuh dan kemudiannya bersama-sama bertilawah al-quran. hari ini aku membuka mata dengan harapan aku dapat menjalankan segala rancangan aku bersama-sama rakan berjalan dengan lancar. aku dibangunkan dari tidurku oleh ayahku untuk bersama-sama ke masjid. kami menunaikan solat fardhu subuh dan kemudiannya bersama-sama bertilawah al-quran.

setelah matahari mula terbit, aku bergergas ke rumah. aku sambung tidurku.

"penat giler malam tadi tido lambat", kataku sambil mengayuh basikal dari masjid.

aku tidur di sofa ruang tamu. dalam pukul sembilan pagi, aku bergergas ke pusat siber kafe untuk mengaktifkan blog aku. kemudian, aku pulang ke rumah.
hari ini, aku akan melawat sahabat dan salah seorang rakan seperjuangan ku yang kini sedang terlantar di hospital raja permaisuri bainun. rakanku yang berada di hospital ini sedang koma kerana telah dilanggar lari oleh seorang pemudia india mabuk yang telah melanggarnya dikawasan rumahnya. aku berasa simpati dengan musibah yang dilanda oleh rakanku itu.oleh itu, aku dan rakan-rakan sudah bertemu janji untuk bertemu di hospital seperti apa yang telah kami rancangkan.

ibuku membawaku ke greentown mall. disitu, ibu mahu bersarapan pagi bersama-sama aku terlebih dahulu. jadi, aku sempat bersarapan pagi sebelum aku berangkat ke hospital.

dalam pukul 12 tengahari, aku bergergas ke hospital yang hanya berada bersebelahan dengan greentown mall. bermulanya aku melangkah masuk ke hospital. aku dikejutkan dengan satu panggilan telefon.
"helo"kataku."wan!", rupa-rupanya ia adalah satu panggilan dari sahabatku, aida emaleena.
"mm, ada apa? ko kt mana?"
"aku da sampai kt hospital, aku kt tempat van2 kecemasan"
"mm, aku baru je masuk hospital, jumpa kt kafeteria"
"ok"

aku gergas melangkah masuk ke hospital. setibanya didalam hospital, aku terpandang asila ilya dahulu. dia juga ternampak aku juga.

"shazwan mana??"
"ntah, dia moody, dia masuk dalam ntah ke mana ntah?"

lalu, aku mengarahkan rakan-rakan yang lain ke kafeteria dahulu untuk menanti aku kerna aku mahu mencari shazwan terlebih dahulu. ya, shazwan memang tengah 'moody' ketika itu. lalu, aku cuba menceriakan dia sedikit-demi-sedikit. dan usha aku membuahkan hasil rasanya.

tepat 12.30, pelawat-pelawat dibenarkan untuk melawat pesakit. aku dan shazwan tiba dahulu di wad 2a, tingkat dua.

(gambar muka dia, contoh)

terpandang sahaja wajah sahabatku, syariffudin bin ismawi. aku berasa sayu. wajah dia selalu penuh dengan gelak-ketawa boleh menjadi layu dan tidak bertenaga. dia seperti sudah tidak berdaya untuk bergerak walaupun hanya membuka sepenuhnya kelopak matanya.

terasa sedih apabila melihat ibu syarif dan kakaknya membisik-bisik telinganya dan menyatakan "man, kawan-kawan kamu datang ni, bukak mata".

banyak kali mereka mengulangi ungkapan tersebut. ibunya menyatakan kepada kami bahawa syariffudin mampu mendengar segala kata-kata kami. ibunya juga meminta sesiapa diantara kami yang merupakan sahabat yang terdekat untuk membisik-bisik kata-kata semangat kepadanya di telinganya.

aku. aku memulakan segalanya. aku berbisik di telinga syarif.

"weh, syarif, ni aku wan madey. kalau kau dengar cuba nguit2kan mata kau"

syarif bagi respon. namun bila aku memandang rakan-rakan yang lain, semuanya tidak memberi tumpuan kepada ku. lalu aku teruskan bisikan aku. aku memberi bisikan kepada syarif selama tiga kali, dan ketiga-tiganya diberi respon.

"syarif, try bukak mata kau. aku dengan kawan2 yang lain dah sampai ni. xkan xnk tgk kitaowg kot?? shazwan cina ada, asila ada, aida ada, dengan sapa ntah ada, shauqi cleaner pun ada, cuba try lagi", sengaja aku menggunakan kata-kata seperti dialog yang sering kami gunakan seperti harian kerana aku berpendapat ia dapat memberi sedikit semangat dan rasa seronok dengan ketibaan kami.

"syarif, ko kene try bukak mata lagi. kuatkan semangat lawan sakit kau, kau kene jaga dari koma ni. kuatkan semangat kau"

habis je tiga kali aku bisik. tiba-tiba pandangan aku menjadi kabur, rasa seperti mahu tumbang disitu juga. aku cuba berpura-pura ketika itu dan sengaja menyuruh shauqi berbisik juga.

kenapa aku bole rasa nak pitam?? penglihatan aku menjadi putih dan kabur. aku bergergas ke sebelah shazwan dan duduk disebelahnya, aku masih berpura-pura sihat dan bersembang dengannya.

selama 30 minit kami meluangkan masa bersama-sama syarif. aku dapat lihat rasa simpati, ketakutan, dan simpati disetiap mata rakan-rakan ku. namun, kami tidak boleh berbuat apa-apa. kami hanya boleh mensedekahkan doa dan al-fatihah kepadanya agar cepat sedarkan diri..

kami meminta izin kepada ibunya untuk mengundurkan diri. ibu syarif berpesan dan meminta kami agar sentiasa berdoa agar anaknya mampu sedar kembali dan sembuh. kami pulang dengan hati yang hiba.

aku meneruskan rancangan aku. aku berjanji untuk ke perpustakaan awam dengan rafi azrani. jadi, aku cepat-cepat mendapatkan bas untuk ke perpustakaan.

ketika aku menunggu bas seterusnya di super kinta. aku terpandang dengan seorang makcik. makcik ni seperti dalam ketakutan. namun, aku tidak mengendahkan apa yang akan terjadi kepadanya. makcik ni, duduk disebelah aku.

aku menunggu bas. kemudian, datang pula seorang perempuan. berbadan tegap, kurus, bermuka agak tidak mempunyai berestetika lasung datang kearah kami. aku lihat sahaja.

"cikgu, tolong saya minta pertolongan dari cikgu."

"kali ini saya taknk ganggu cikgu lagi, tolong sahaja"

"bagi saya rm10, saya tak mintak lebih", kata perempuan yang tidak berestetika.

"xda, xda duit"balas makcik tu.

aku tertanya-tanya. cikgu?? makcik sebelah aku cikgu?? kenapa perempuan ni minta dia duit?? nada semakin bertukar ke nada marah??

"tolong la! bukan minta banyak"

"saya berharapkan cikgu mampu berikan duit kat saya"

tengah2 dia mintak, sap!!! dia mengeluarkan pisau. aku terkejut, terpaku dan tergamam melihat reaksi perempuan ni. perempuan ni mahu memeras ugut makcik ni sebenarnya. tapi, betul ke makcik ni cikgu dia? sanggup dia memeras ugut cikgu sendiri? makcik tu pula dah terkejut dan meminta tolong. semua orang melihat sahaja. tiada seorang datang membantu begitu jua aku yang hanya bersebelahan dengannya. makcik tu berasa cuak. dan memberi rm10 kepada perempuan itu.

sebaik sahaja menerima rm10. dia terus menyimpan pisaunya. dan meminta maaf dan memuji-muji makcik tersebut. aku yang dalam keadaan terkejut mula bertukar takut, aku sangka perempuan ni akan meminta duit dekat aku pula. dan aku bertanya adakah perempuan ini akan panggil aku 'cikgu?'

namun, sangkaan aku salah. dia pergi dalam sekelip mata. makcik tu seperti terdiam dan menggeletar. aku mula cuba menenangkan makcik itu, tidak diketahui dari mana semangat dan keberanian aku yang tiba-tiba mahu memulakan perbualan bersama makcik tersebut.

"siapa tu?"

"makcik dah kene dua kali dah. dia tu selalu mintak duit kat orang2 kat sini."

"dengan pisau?"

"haah, dua kali makcik dah kena. selalu keluarkan pisau. makcik takut"

"mm.."

"tapi dulu mintak rm5, sekarang rm10. dia tak mintak lebih. tapi gaya dia dengan pisau macam nak sembelih orang, takut la kan? baik bagi duit sahaja dari tercedera. kan?"

"mm..betol. makcik dari mana?"

"gopeng", aku sangkakan medan gopeng, nasib baik aku tidak menanyakan soalan yang bakal memalukan diriku.

"makcik selalu ke sini naik bas ke?? kenapa x naik kete??"

"makcik memang selalu ke sini"katanya.

"pagi2 lagi makcik dah kesini utk beli sayur2, makcik xnaik kete sebab pakcik pakai. jadi mesti naik bas"

"ohh, jadi perempuan tu dah cam la makcik"

"ha tu yang makcik risau"

"makcik xpayahla datang sorang2 dah, bahaya, die mintak kt semua orang ke?"balas aku

"tak, dia selalu mintak kt pompuan2 je yang dia jangka bole dpt duit"

"ohh", aku jawab.

sebenarnya, perempuan ini sudah lama buat kegiatan tersebut sekian lama. jadi, sentiasalah berhati-hati ketika berada di kawasan perhentian di ayamas, kamdar dan suatu tempat yang aku sudah melupai lokasinya.

setelah hampir 45minit aku meluangkan masa bersama makcik tu. akhirnya bas makcik tu tiba. makcik tu terus naik ke bas tersabut tanpa memberi salam terakhirnya. aku juga sambung menunggu bas, namun aku mendapati bahawa aku berada di perhentian bas yang salah. patutlah dari tadi aku tidak jumpa bas yang menghala ke ipoh parade. aku cepat-cepat ke perhentian sepatutnya.

lalu. aku tiba di perpustakaan. aku lesu, penat, kekurangan air dan berpeluh-peluh setibanya di perpustakaan. aku naik ke perpustakaan, terus aku mencari rafi. aku terus mengajaknya ke kantin perpustakaan untuk teman aku minum-minum.

dan, aku dan rafi lepak dan berlajar bersama-sama di perpustakaan tu seperti biasa.

***kesimpulannya:

1) hahaha, best x novel aku?? ayat semuanya agak jiwang dan mempunyai tema2, persoalan, gaya bahasa yang sangat sempurnanya, latar2 dan nilai2 murni. hahahahaha.

2) marilah, aku mohon semua yang telah membaca nukilan aku ini agar mensedekahkan al-fatihah kepada sahabat aku, syariffudian bin ismawi. aku rasa dia tidak patut kena ujian seperti tu, kerana perangai syarif sangat2 kontra dengan aku. dia ni lembut dan agak beriman orangnya, knp ia harus kena?? ingat sedekah al-fatihah!

3)kepada teman-teman wanita, hahaha, x kawan2 gurl la, yg selalu naik bas tu, mula la berhati2, dan jgn naik bas sorg2 kerana takut terjadi kejadian spt makcik yg aku temui tu. eh?? hati2.

4)kpd shazwan, asila, aida, adui aku lupa nama budak laki ni, shauqi, naim, ejak, dan err..lupa lg, thanx kat korg kerna sudi dtg melawat kwn kita ni, so harap2 dia dpt semangat sikit utk sembuh.

5)bye.

3 ulasan:

steve-bo berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
aida emaleena sulaiman berkata...

weyh,sdeyh nk mati tgk kaw tlis gamba syarip wei~
sdeyh sdeyh sdeyh.
dah leleh2 dah air hingus dn air mata~
ceit~
name pngrusi kaw dulu tuh pun kaw lupa?
waaaaaaaaaa smbg blk,sdeyh sdeyh.
jap2,pompuan yg mtk duit tuh,name dia,minah ker?
gler kan dia tuh?
sbb ade sorang nih gak,camtuh.
slalu mtk rm10.
name dia minah.,
hehehhee.

syabilahsazelisani berkata...

hee..best2!!
berjya mnyentuh persaan bg sesiapa yg membca..
sedeyh la.. :(
hrp2 dia boleh sembuh cepat2!!
huhu..
alfatihah~

yg makcik rsanya knl..
sy pun pnh jumpa die..tp,pndai2 mnyorok la..huhu.
kwn sy pun pnh kne minx duit..
tp,xtau plak die ade pisau.. grr