Khamis, 5 Ogos 2010

I Change My Idol

mm, citer pasai idol ni, mmg semua org ada idol tersendiri. bagi aku, idol pertama aku adalah mak aku. mak aku yg menyebabkan aku mulakan langkah untuk melukis. lama kelamaan, aku mula angkuh, dan mula menukar idol.

ianya. akira toriyama. akira ni seorg pelukis komik, komik dragon ball. time ni, aku menghabiskan masa & duit aku. aku menghabiskan masa dengan meniru karya2 dia. aku menghabiskan duit utk belik komik2 dia.

kemudian, aku mula berjinak2 dengan membaca magazine. tetibe, aku mula meminati karya ben. ben wong. dia ni merupakan pelukis komik dalam mag GEMPAK. hasil karya dia memang kaw2 lawa, lukisan dia terperinci. sejak itu, aku mula mengkaji teknik2 lukisannya.

sambil itu, aku juga memilih dato lat sebagai idol aku. bukan apa, dia merupakan pelukis melayu yang berjaya dalam industri ini. karya2 dia, BUDAK KAMPUNG, telah naik dan berjaya di persada dunia, malah siap ada citer katun sendiri lagi!!

kini, aku telah mula menukar posisi aku. tidak, kini tidak lagi melukis kartun or komik. sbb, 24 jam aku hanya melukis bangunan, struktur & design2. hah.

it all about architecture.

mulanya aku dibidang ini. aku pun mula mencari sapa pakar dalam bidang architecture. aku nk cari idol baru!!

kini aku jumpa... dia lah.




AZHAR SULAIMAN
Azhar Sulaiman merupakan seorang Pelakon, Arkitek, Pengacara dan Pereka Set TV/Filem di Malaysia.

so, from now on, my idol is AZHAR SULAIMAN!

Tiada ulasan: