Isnin, 18 Jun 2012

SEJARAH LAH SANGAT ? PUIH ~


 KISAH DIMANA BUDAK2 TIADA ARAH TUJU TAPI MASIH LAGI MEMPUNYAI OTAK UNTUK BERFIKIR DIMANA HALA TUJU YG HALAL DAN HARAM 
Semuanya bermula pada satu malam, hari jumaat, malam sabtu. Hari dimana lelaki2 gay meluangkan masa dan melabuhkan sauhnya di perlabuhan berkumpulnya penghuni2 yang sama bangsa, gaya, dan jenisnya.

Disitu lah bermula buahnya fikiran yang bakal membuat duit saku kian berkurangan. Aku, selaku nakhoda bahtera hitam bersaiz kotak parkir kereta, bersportrim palsu yg dibeli hanya untk sedap mata memandang, aku la yg memulakan persoalan bengong kepada anak2 buah aku.

"Kemana kita pada hujung minggu yang ini wahai saudara2 ku?"

Persoalan ini hanya dijawap dengan senyuman sini oleh seorang lelaki gagah perkasa, hebat didalam air, mahupun diatas jalan raya. Muka sentiasa senyum kambing, namun mempunyai sebuah jentera yang mampu membelah ribuan angin yang cuba menyekat perjalanannya. Jentera yang direka dan diubahsuainya adalah simbol kehebatan beliau, Naim. 

"Aku pun xde idea ni" dengan celakanya, itu la jawapan bernasnya.

Aku menambahkan suasana dengan memetik sebuah nama negeri yang selalu digemparkan sejarahnya yang gah sekali, Melaka Bandaraya Bersejarah.

"Kita lepak Melaka jom !"

Tanpa bercakap banyak, aku dan anak2 buah yang lain menetapkan yang kami akan ke Melaka pada malam itu jugak. Tanpa melengah masa, dengan tiada persiapan pakaian, senjata dan wang ringgit. Kami teruskan perjalanan, namun, uniform haruslah dipersiapkan.

Uptown Danau Kota menjadi sasaran utk kami mendapatkan satu uniform yang akan melabelkan kami sebagai perantauan yang berjaya. Uniform berjaya diperoleh.

HARLEY DAVIDSON w/ SKATEBOARD TEES

Pagi itu indah seperti biasa, kami membuka mata, disebuah negeri yang tiada bangunan tinggi, tiada logam, hanya ada rumah binaan zaman silam. Bandar yang sunyi sepi, agak creepy, menunjukkan gahnya bahawasanya ianya sangat bersejarah. Kami mengorak langkah.

Jentera hitam disimpan dan dijaga, berhampiran dengan bahtera milik kerajaan Portugis yang bratus2 kali gahnya berbanding dengan jentera yang aku miliki. 


Naim, seorang lelaki yang telah kuceritakan latar belakang hitamnya, sentiasa bersama aku dalam setiap pengembaraan aku. Di Melaka, kami meluangkan masa bersama. Selain Naim, ada juga pahlawan berbangsa Cina + Barbarian, namun corak fizikalnya tidak seperti Barbarian kerana dia tidaklah seperkasa Barbarian, dia lah Fahmi. 

Kami bertiga berpakaian uniform harley davidson, masih lagi di kota bersejarah tanpa hala tuju. Merayau dan melawati tempat2 bersejarah. Berbagai aktiviti dan kerja luar dari amal jariah dijalankan sehingga lah kami bertemu dengan seorang gadis yang aku sangkakan ikan duyung, walhal hanya makhluk yang tidak dikenali kerana spesifik detailnya belum lagi diwartakan ke dalam google wikipedia.

Gadis itu Adeela. Tidak perlu diberitahu perihal lakunya, kerana ianya tidak perlu diberitahu, menegur aku. Saat aku sedang menghayati keindahan alam didalam sebuah shopping complex, dia meminta tolong kami bertiga untuk menjadi model photoshoot. Kami dengan malunya menerima pelawaan gadis tersebut.

Lalu diperkenalkan kami dengan kawan gadis tersebut, adalah dalam bilangan sebuah band rock, aku tidak ingat kesemuanya, namun ada sesetengahnya sudah menjadi rakan aku.

Kami memulakan photoshoot yang mcm celaka, dan amat memalukan di sebuah bangunan  usang yang dikenali, A-Famosa ! 

(inilah lelaki2 yang menempuh segala kecelakaan yang dialami bersama2 disetiap pengembaraan celaka yang kami lalui. tidak perlu diperkenalkan siapa namanya)

....

Susah betul utk mnjadi aku, ttibe sedap menulis, dah xde mood. hahaha.

to be continue 

kalau rajin. :D

chalow



Tiada ulasan: