Sabtu, 18 Ogos 2012

Syahril Syawal 2012


wassalam, terima kasih.

aku nak ucapkan selamat hari raya aidilfitri 2012, maafkan aku atas segala tingkah laku aku yang panjang berjela yang telah aku lakonkan kepada korang semua. aku agak ego untuk meminta maaf, tapi alkisah korang dah singgah ke blog aku, jadi aku dengan hinanya ingin memohon sejuta kemaafan yang tak terhingga, jika sejuta itu tidak memadai, call lah aku, aku akan tambah pemohonan kemaafan tu untuk lagi sejuta. :D

ya, 20tahun aku menyambut hari raya, secara amnya, aku ingat 4 raya aku sahaja. yang lain semuanya dah aku reset diminda. raya kali ke-20 ni, aku tidaklah seceria, dan seaktif seperti dahulu, ya, usia kian meningkat, kadar kegilaan semakin berubah, tidak seperti dahulu, oleh itu. aku stay cool. 

tak nak sudah pergi beraya, aku harus belajar untuk duduk di rumah dan bantu orang tua aku yang setiap detik meningkat usia dan performancenya. oleh itu, dengan terpaksa dan rasa dipaksa, aku korbankan setiap kederat yang masih aku bekalkan diperut 1.8 turbo aku untuk membantu dan bersama mereka. maaf kepada kawan-kawan, kerana masa dah berlalu, dan kita tak mungkin akan dapat bersama lepak macam dahulu lagi, jangan sesekali cakap "wan dah sombong". :D korang akan faham satu hari nanti.

kepada ayahanda dan bonda, aku tahu, blog aku tidak mungkin akan disinggahnya. namun, madey nak mintak maaf atas segala dosa dan kesalahan yang madey dah lakukan, dosa secara terang terangan, dosa dibelakang, dan dosa masih didalam rahsia. dalam blog ini, madey dah semadikan segala aktiviti madey sejak madey menciptanya beberapa tahun yang lepas, walaupun ada ketika madey sudah tak aktif, namun, ada masanya madey meluangkan masa untuk menulis sedikit warkah mengenai kehidupan seharian madey. madey minta maaf. 

kepada kawan-kawan blog, terima kasih kerana masih lagi melawat dan menjenguk mahupun tak tersengaja singgah kedalam blog art of subconcious illution ni. aku sangat terharu kerana kita masih lagi berguna dan menggunakan segala keringat untuk menulis kisah hidup kita didalam blog ini. walaupun diari masih ada lagi segelintir yang menggunakan, tapi kita antara memilih blog untuk menunjukkan segala kehidupan kita, emosi, aktiviti dan kenangan yang kita ada untuk dikongsikan bersama public. dengan harapan, ada yang membaca dan menggunakannya sebagai iktibar mereka, dan membuat mereka berfikir lebih positif, ataupun membuat mereka menjadi lebih baik dari sebelumnya. secara tidak sengaja, dengan nukilan kita yang tidak seberapa ini juga, walaupun dengan penggunaan bahasa yang berterabur sampah, kita mungkin mencipta pahala daripadanya. :D

mengenai hari raya, jika teringin, ataupun terniat untuk hadir dan menonjolkan diri bersama dengan keluarga aku, korang semua dijemput hadir ke rumah aku. sila sms terlebih dahulu ataupun call. yang takda no telefon aku tu, maaflah, boleh mintak. :D 

sampai sini sahajalah bualan aku yang hina ini, aku harus melelapkan mata, kerana pagi ini ada solat sunat hari raya.

assalam,
madey

Tiada ulasan: