Assalamualaikum :D
Entah kenapa aku mencari balik blog aku ni, mungkin ini masa yang aku korbankan untuk aku melengkapkan luahan hati aku. Nak letakkan dalam Twitter, dah agak mengundang kontroversi oleh rakan2 kelas yang kaki propa mulutnya, nak letak ke Facebook, rasa janggal, nak disimpankan kedalam kawan, rasanya kisahnya tak kemana, oleh itu, biar aku sematkan dalam blog ini, biar ianya tak kemana, dan biar dia berkubur macam tu sahaja.
Semester 5, aku rasa ini penghujung dimana aku mampu bertahan status LULUS yang aku harapkan. Rasa takut gementar aku mungkinkah akan direalisasikan oleh segerombolan penyakit yang digelar Parasit? penuduhan secara melulu tidaklah boleh dikatakan, namun, aku giatkan usaha, biar aku yang mati, janji semua dapat merasa nikmat bersama. Alang2 akan mati, biar aku mati bersama parasit, alang2 lepas bernyawa ikan, biar aku bawa parasit ini ke platfom yang baru.
Andai kata, penghabisannya di semester 5, HAHAHAHAHHAHAHAHAHHAHAHHAHAHA, aku bagai orang gila, malu, rasa bodoh. ya, naluri yang tak boleh dinyatakan walaupun dalam hati telahpun terkata. Hendak diungkapkan namun, tekak menyekatnya. Aku hanya, HAHAHAHHAHAHAHHAHAHAHA je la. Harap, junior akan datang, mampu menahan jelingan tajamnya kearah aku, kerana aku pandang dijeling.
Status design, 13Oktober2012, barai, hancur, nyawa2 ikan, takat lulus dicelah halkum. Aku? kehilangan pegangan minda, minda telahpun dilayangkan ke udara, tanpa tali pengikat bersamanya. Dalam perancangan aku, aku nak bawa semuanya lepas ke platform seterusnya, namun sebuah kederat tak mampu untuk melonjakkan satu benda yang bersaiz maksimum. Apa yang diharapkan, walaupun aku kini hanya tinggal sebutir peluru, akan aku tembak setepatnya agar sedikit markah dapat didalam genggaman, dan aku mampu melangkah seterusnya mara kehadapan.
I am sorry if u guys nak tengok hasil design yang aku hasilkan, walaupun aku rasa ianya sebuah masterpiece, namun dimata pensyarah, ianya hanya sebuah &*(^&%^$ dan &^%$%# juga &^#*&^, aku tak faham apa yang dikehendakinya, dan aku faham apa yang dia mahukan. Pelikkan? Kau mahukan ice-cream coklat, namun bila diberi coklat, kau takmahu rasanya coklat? :D
Sesimpul-simpulnya aku ketatkan apa yang aku nak rumuskan, aku hanya mampu wish, yang aku mampu melangkah dan capai ketaraf seterusnya, aku tahu, aku tak terdaya untuk melonjakkan pointer aku untuk semester ini, namun aku berharap, sekadar sebuah perkataan, LULUS sahaja. Tidak mengapa jika di Poli ni aku tak mampu lagi mendapat perkataan CEMERLANG tu lagi. Apa boleh buat sudah nasib badannnnnnn ~~
ok la, 2 pagi,
masa untuk ke kamar beradu,
assalam.
mdyfstr

Tiada ulasan:
Catat Ulasan