Aku kembali lagi setelah penat berperang untuk menyiapkan hasil kerja persembahan design aku. Hasilnya tidak lah begitu memberansangkan sehinggakan mampu untuk dijadikan contoh, namun, cukuplah untuk membuat aku ketawa dan memberitahu bahawa itu hanya standard budak sekolah menengah pun boleh buat. haha.
Cuti dah semakin hampir, mulalah dimana aku mula terhuyu hayang menjadi rancangan untuk direalitikan bagi mengisi ruang aktiviti kehidupan seharian aku. Apakah? aku terfikir disetiap kali renungan kosong aku. Fikir sedalam-dalamnya seperti sedang menilai seseorang untuk dijadikan isteri kelak. Akhirnya, aku mendapat buah fikiran untuk bersetuju dengan pendapat dan rancangan kawan aku, untuk menaikkan dan bersama menghidupkan semula perkara yang telah aku matikan dua tahun yang lepas.
Kisah cinta yang dah mati dua tahun lepas akhirnya, ditiupkan semula roh semangatnya pada beberapa minggu yang lepas akhirnya dapat sedikit sebanyak sokongan dari kawan-kawan yang 24/7 dibelakang kisah cinta ini. Ramai yang bersetuju, bersemangat dan ada yang memberi buah fikiran yang memberansangkan untuk menaikkan taraf dan cara-cara kisah cinta ini untuk kembali hangat seperti bagaimana ianya pernah dicubakan untuk dihangatkan.
Aku amat berbesar hati bila sokongan dari kawan-kawan amat ter-wow dan hoh kemainnya.
hah. kalau tak keberatan, bagi stalker2 yang selalu berhijah ke ruang blog ni, sila like page kernalukisan.
https://www.facebook.com/Kernalukisan
terima kasih !

Tiada ulasan:
Catat Ulasan