Garisan lukisan menunjukkan kelihatan,
Warna-warna pudar kian dijelaskan untuk menunjukkan sesuatu,
Sesuatu yang bermaksud isinya bertambah atau hanya memberitahu perihal pergerakan waktunya,
Hasil yang memberitahu bahawa pergerakan masa yang telah lama berjalan,
Hanya untuk mengingatkan seseorang,
Itu aku.
Kelihatan penambahan usia yang semakin ketara,
Sejak meningkatnya bilangan nombor pada usia,
Yang apabila dicongakkan antara tarikh semasa dan tarikh lahir,
Akan jelaskan jawapan bilangan isi usia dengan jelas.
Bukan usia sahaja yang bertukar nombor,
Kantung isi juga semakin menambah,
Dari satu sehinggalah kantung itu bertambah kategorinya,
Baik dan buruk, ilmu dan sampah,
Pahala dan dosa, kantung bertambah dan tahukah samada ianya bertolak?
Cuba difikirkan untuk menghitung sendiri namun tidak semua boleh disenaraikan,
Ilmu atau sampah, mana satu yang disimpankan?
Adakah sampah juga yang dikumpulkan untuk dikitar semula atau dibuat hiasan?
Jawapan yang seringkali dicongak dan difikirkan semula oleh lelaki,
Lelaki yang meletakkan lengan didahi dan merenung ke langit,
Itu Aku.
:D

Tiada ulasan:
Catat Ulasan