Isnin, 19 November 2012
SENIBINA DALAM SEJARAH
Alhamdulillah,
Assalamualaikum,
Alhamdulillah, akhirnya semester 5 dapat juga dihabiskan dengan keadaan yang sederhananya. Kisah aku tidaklah begitu kontroversi untuk diceritakan kali ini, cuma ini adalah satu memori yang agak indah untuk dikuncikan didalam peti simpanan memori untuk selamanya.
Walaupun ditanya dan dimaki bersempena dengan hasil nukilan aku dan rakan sejawat Foster Architect, namun, aku masih lagi menghormati kawan2 dengan setiap hasil titik peluh mereka dalam menyiapkan tugasan yang mereka rasa amat penting dalam diri mereka. Walau apa yang terjadi, kita haruslah 'backup' kawan, bukan untuk membiar mereka dapat hidup senang, cuma hanya untuk menutup busuk orang yang kita gelar sahabat. Ayat2 maki yang dihujahkan bukanlah untuk aku salahkan dan aku dipersalahkan oleh kawan2, cuma ianya adalah salah satu isi penting untuk aku dan semua ambil iktibar dan muhasabah diri, dimana kelemahan dan kesilapan atas kerakusan dalam diri masing2.
Mengenai rakan2 lain, ya, tidak diduga lagi, setiap syarikat mempunyai masalah masing2, dimana mereka harus mengendalikan masalah mereka sendiri, dan aku dan rakan2 tidak lah berseorangan bahkan kumpulan yang berada ditakhta atas pun mempunyai masalah yang sama. Biasalah, dalam negara mana tak mempunyai masalah kan? Cuma cara bagaimana pemerintahkan mengendalikan dan mengusahakan bagaimana untuk membaikpulih dan mempertingkatkan pentadbiran mereka sendiri.
Aku risau akan kata2 pensyarah yang agak masin dan berbisa perisa pedas tadi, walaupun dalam nada soreh dan lembut, namun kata2nya seperti pisau yang beribuan jatuh dari langit dalam suasana seperti hujan yang renyai, satu persatu jatuh dan menusuk diri aku sendiri, aku hanya mampu senyum dan mati dalam duka. Berkemungkinan besar, ada yang berkata bahawa dengan hasil yang Foster mempersembahkan, tidaklah satu hasil yang baik dan sepatutnya diberikan, dan dengan apa yang kami bawa, tidak sepatutnya diberi peluang untuk melepaskan diri dan menaik ke stanza atas. Mereke berpendapat, kami perlu mengulanginya semula. OK.
Yang mati tetap mati, yang berjaya di wad ICU, haruslah meneruskan perperangan hingga ke titisan darah yang tidak berakhir.
"all the best for everyone"
assalam
mdyfstr
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)

Tiada ulasan:
Catat Ulasan