Sabtu, 24 November 2012

Sampah Yang Ku Tunjuk Rupanya Jadi Rindu Aku Kini



Assalam,

Dengan rasa kesal dan ketidakpuasan akibat tidak menghargai situasi yang pernah aku dahului suatu ketika dahulu telah mula membaham rasa rindu aku. Mungkin rasa kekosongan akibat cuti semester ini, aku acapkali berfikir sejenak sambil meminum teh tarik, satu pengalaman aku semasa aku menjalani kursus latihan industri di KL.

Ya, waktu itu aku sangat penat, sangat sibuk, sangat tidak menang tangan, setiap hari Isnin hingga Jumaat, aku menjalani hari2 yang sama, dan perkara tersebut berulang kali dengan cerita yang 99% sama. Aku boleh menghafalnya. Namun, bila aku cuba ingat kembali kisah dulu, aku rasa tersenyum, dan aku inginnya kembali.

Setiap hari, aku diberi tanggungjawab dan dilatih untuk menanyakan soalan, "ada kerja x bang?", soalan ini seringkali dan harus dinyatakan kepada pihak2 staff seperti arkitek dan draughtman di firm tersebut. Ini bertujuan untuk aku meringankan kerja mereka. Pada awalnya, aku tidaklah perform sebagus mungkin, dan bila sudah lali, aku rasa kemampuan aku untuk perform lebih baik sangat memberansangkan. Aku juga berharap mereka akan memuji aku sebenarnya, sebab itu aku buat sehabis mungkin.

Dimarah, dicaci, dihina. Tanggapan aku sentiasa bermain diminda aku. Aku seringkali dimarahi oleh salah seorang staff disana. Entah apa la kesilapan yang aku buat, ye, memang dimata dia, aku telah membuat kesilapan, namun dimata aku, biasalah, budak practical yang baru bekerja disebuah firm tak sampai setahun, oleh itu takperlulah marah2 sampai merah2 muka kan? hehehehhe. aku teringat lagi, ada satu masa, aku dimarahi teruk, amat sangat teruknya sehinggakan kali ini kesabaran aku tercabar, sehinggakan aku menghasilkan satu design muka diraut wajah aku sendiri, dengan design yang amat mengerikan. Aku berdiam diri. Staff tersebut kian potpetpotpet. Selepas reda, aku masih lagi dengan design muka aku. Oleh sebab itu, salah seorang admin disana, mungkin mengambil langkah untuk menenangkan aku, dia memberi SMS kepada aku. "madey jangan amik hati ok dengan marah tadi". aku tersenyum. hihi. Adakah reaksi aku sebenarnya dipandang oleh staff lain? kalau dipandang, bermakna, aku ni bernilai jua. RM0.20 pun jadila.

Kisah2 dalam luar firm, aku juga berkongsi bersama antara staff. Memang menyeronokkan apabila ada pihak luar, sudi nak berceritakan perihal kisah masing2, perihal pengalaman, dan ilmu2 semasa. Kebiasaannya, kami lepak bersama di restoran mamak bernama Fared Corner. Kalau ada duit sikit, kami biasanya lepak di Cilantro, kadang2 juga di kedai arab belakang ofis. Aku rindu. Waktu2nya biasanya, selepas lunch di ofis, selepas habis kerja, dan kadang2 waktu makan malam jika ada overtime. haaaaaaa... rindu sial ~

Menceritakan kisah orang ofis, aku seringkali dipanggil oleh staff, untuk menolong mereka menyiapkan kerja. Nama Madey memang tak sah kalau tak dicari walaupun dalam sehari, dari kerja yang remeh temeh dan diluar bisang aku, hinggalah kerja yang berat. Aku jua. Aku juga seringkali dijadikan mangsa untuk ditahan bekerja hingga larut malam, aku tidak kisah sebenarnya, bukan duit tambahan yang dicari, bukan elaun makan malam yang ditunggu, namun, rahsianya, aku nak lari dari malapetaka tersekat di 'trafficjam', bisa tegar lah KL kan? :) ada juga satu masa, aku ditahan bekerja hingga keesokan harinya. wow, sangat2 pergh ~

hmmm.

entahlah, aku rindukan kerja aku.
aku rindukan meja aku.
aku rindukan gaya hidup aku.
apa ungkapan untuk aku nyatakan diri aku,
yang aku merindui aku dahulunya aku.

haaa~

belajar memang membosankan, namun perlu ke aku nyatakan disini? waktu aku practical dulu, aku sering cakap, practical gila bosan, tapi kesudahannya? aku rindu macam nak mati dah ni. kalau aku cakap, aku bosan dengan belajar, adakah aku akan rindu suasana belajar tu suatu masa nanti? ya. staff sendiri ada cakap, mereka semua rindu waktu mereka belajar dulu, tu sebabnya mereka suruh aku belajar puas2, bila dah kerja, dah kawin, kehidupan sebenar akan jadi lebih bosan dari belajar, sebabnya, belajar ada masanya dia habis, namun, selepas belajar, kita akan tempuh kehidupan yang seterusnya, sehinggalah matinya perjuangan kita di alam dunia.

itu jela kot.

assalam

mdyfstr


Tiada ulasan: