Selasa, 11 Disember 2012
Sengih Jangan Tak Sengih.
Ada disuatu zaman dimana aku memang tercampak jerumus kedalam kotak bersimbolkan tanda soal. Aku renung ke atas, dimana ruang terbuka kotak tersebut. Kepulan awan dan langit cerah, aku rasa tenang, namun, aku pula, didalam kotak. Kotak kosong.
Oleh itu, aku menjalani kehidupan terperangkap dalam kotak tersebut. Hidup seperti biasa, tanpa rasa apa2. Pada awalnya, memang rasa sunyi, tenang ditemani awan dan langit. Namun, sikap aku yang memang ada dalam saluran darah aku, iaitu, sikap cepat bosan. Aku mula rimas. Hakikatnya, tiada apa yang boleh dilakukan, dan dikatakan.
Pada suatu hari, kebiasaan aku, melayarilah sesawang yang selalu berfungsi mengemaskini segala maklumat dan kisah hidup manusia lain yang hidup diluar kotak aku berada. Aku sering membaca, dan melihat. Aku menilai dan adakalanya, aku tak hiraupun apa yang mereka lakukan, ia bukan kisah aku.
Seorang wanita, senyumannya dan konsep design pada raut wajahnya telah membuat aku untuk menggunakan proses penilaian menerusi saraf2 otak aku mengenai betapa cantiknya beliau. Bagi aku, beliau sangat 'wah', berciri2kan apa yang mampu membuat aku tersenyum senget sebentar. Aku rasa aku semakin seronok, berbanding kehidupan aku yang bosan didalam kotak.
Beliau, wanita yang aku katakan, telah mengeluarkan sebuah diskripsi mengenai kisahnya, dan ingin untuk dikongsikan bersama semua. Ya, mengikut tarafnya, dia bukanlah setaraf aku yang hanya terperangkap dalam kotak ni, dia lebih dari itu. Aku rasa seronok dengan kata2 yang beliau bentangkan, walaupun tidaklah selengkap mana, namun, senyuman telahpun menunjukkan reaksinya. Aku membalas kata2nya.
Selang beberapa minit kemudian, aku dikejutkan, dengan balasan yang aku berikan. Aku terpegun. Beliau sudi untuk menjawab kata2 aku tadi. Aku gembira. Aku pun membalas semula, dan semula. Beliau juga membalas. Walaupun apa yang aku dan beliau bahaskan tidaklah begitu seronok, dan panjang, namun, aku berasa sangat gembira sehinggakan senyuman senget aku menjadi satu senyuman yang sempurna.
HEHEHHEHEHEHHEHEHEHEHHEHEHEHEHHEEHEHHEHE~
menggatai mestimau ~
mdyfstr
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)

Tiada ulasan:
Catat Ulasan