Assalam,
Mungkin ini antara post aku yang cuba aku rungkaikan sedalam-dalamnya untuk menceritakan konklusi apa yang berlaku sepanjang berada di tahun yang bernombor 2012 ini.
Bermulanya dengan perkara yang baru beberapa minggu yang lepas, dimana aku telahpun diberi peluang untuk menhadiri sebuah kursus perisian komputer yang bertempat di Sri Petaling, KL. Kursus ini ditaja oleh pihak Politeknik dan KPT, berkemungkinan tekaan aku benar, dan program ini dikendalikan oleh pihak Spectrum, sebuah syarikat berkemungkinan sekali lagi.
Aku dan 80 pelajar poli telah dibawa ke sebuah hotel yang dijadikan sebagai pusat dimana kursus ini akan dijalankan, dan hotel ini juga menjadi tempat penginapan pelajar. Kami diberi penginapan di hotel ini selama 10 hari, dan dalam masa ini, kami mempunyai kelas yang diadakan didalam dewan ceramah, dalam hotel ini juga,
Mengenai perisian komputer yang kami pelajari ini, ianya lebih pada untuk memudahkan kerja seseorang dalam menyiapkan kerja melukis pelan bangunan yang diinginkan dan dalam masa yang sama, perisian ini membantu menghasilkan pandangan 3 dimensi.
Tentang makan minum di hotel ini, usah nak dikatakan lagi la, aku tak menyangkal untuk mengatakan, makanan disini tidaklah sedap mana pun, cuma berbeza dari makanan harian aku, apabila dia menyediakan hidangan daging lembu, kambing, juga ikan salmon.
Makanan kegemaran? tentulah jelly atas ni, berperisa kelapa dan mangga. walaoweh ~~
Setelah cukup seminggu, puas sudah memori otak dikerahkan dan menjana segala formula untuk memahirkan perisian ini, tibalah masa untuk menentukan samada kami paham atau tidak. Mereka mengadakan peperiksaan secara talian hubung dengan pihak Autodesk di US.
Agak memeranjatkan jugak lah. ..
CERITA TUTUP DISINI KERANA TIDAK BOLEH DIHEBOHKAN APA YANG BERLAKU SEMASA DAN SELEPAS PEPERIKSAAN, SEBAB TAK STYLO LA AN? ;D
....
oh,
SELAMAT TAHUN BARU 2013 !!
Semakin hari, semakin tua, semakin lama, semakin nampak isi yang jelas nyata terlukis diwajah aku. Nak katakan isi ilmu, aku rasa aku tidaklah berilmu mana, nak juga kata isi dengan pengalaman, aku dengan pengalaman tidaklah setebal buku kamus dewan, jadi? isi aku ni dipenuhi segala ruang dengan perkara dan apa dia?
Azam :
1) Aku harus sedar, aku tak sematang orang lain, mungkin sebab itu, aku kurang dari yang lain. Oleh itu, aku nak menjadi baik, baik, dan baik.
2) Berlajar untuk berjimat, duit untuk masa depan, duit untuk keluarga, duit untuk anak.
3) Mengurangkan penggunaan rokok ketika proses rutin harian dan mencari buah fikiran untuk kerja design.
4) Benda sama yang selalu aku katakan, ya, a love. Hope that I will find it soon.
Akhir kata,
Sama-sama la kita memperbaiki diri, sebab 2013, kita pandang perkara bahawa, kita sudah besar, bakal mendirikan keluarga, namun, kita tak berfikir bahawa kita semakin dekat dengan tuhan, walaupun setahun tu, ibarat 0.1% pendekatannya dengan tuhan, tapi, jika esok lusa nyawa ditarik, tak ke 100% terus dekatnya? cukup ke simpanan bulanan kita di bank simpanan akhirat? hehe. aku pun mesti bercakap depan cermin, kerana aku sendiri pun bukan lah sebaik baik baik baik baik dan baik yang disangkakan.
Selamat malam,
Selamat Hari Jadi Bonda, - Maimun Nasir, 62,
Selamat Tahun Baru,
Selamat Semester 6,
Selamat 21,
bye,
mdyfstr



Tiada ulasan:
Catat Ulasan