Assalam,
Pertama sekali, aku *Wan, hah, still mcm biasa dimana aku menghabiskan hari2 aku dengan watak yg berbeza, xlagi aktif seperti dulu, just keep calm, stay cool, bcause im tired and bored.
Kini sudahpun berbulankan Februari, aku dah semakin hampir melihat cahaya luar setelah berada didalam terowong sijil diploma di pusat pengajian aku. Cahayanya kadangkala menyinar dan memberi harapan dan adakalanya, ada sekecil lalat yg berada dihujung terowong tu yang membuat cahayanya nampak malap dan terus membuat aku semakin tergamam melihat harapan kian malap.
Awal semester ini, selepas aku pulang dari latihan kursus Revit, aku diberi tugasan dalam subjek terukur, untuk mengkaji dan melukis semula pelan bangunan, sebuah bangunan yang terletak didalam kawasan UPSI, Perak.
Ianya sebuah Muzium untuk dikenali dimasa ini la, namun, disuatu masa yang lalu, ianya adalah sebuah rumah pengarah. wow.. bagaimana rupanya? sudah tentu tidak akan aku paparkan rupanya, hanyalah sebuah lakaran hadapan yang ku tayangkan.
Kerja yang aku katakan ini masih lagi berjalan dan aku pula mengambil amanat untuk menghasilkan lukisan kerjanya, ya, aku penat untuk bertungkus lumus menghasilkan model bangunan mahupun menghasilkan video. Jadi, aku mengabdikan diri aku didalam pekerjaaan yang sentiasa bersama komputer ini.
Kerja masih lagi dijalankan.
Berkenaan subjek design, baru2 ni aku baru sahaja menghantar projek ke-2, dimana projek ini dijalankan secara individu, dan bukan lagi berkumpulan. hehe. aku terasa gembira dengan langkah pensyarah ini kerana memberi projek ini dalam bentuk individu. Ya, aku barusajaha penat melayan kerenah projek yang berada didalam skala besar yakni, dalam berkumpulan,. sikap manusia bermacam2 dan berubah2, aku tidak lagi berdaya menahannya.
..
keep waiting and reading,
;')
mdyfstr
Tiada ulasan:
Catat Ulasan