Sikap seorang lelaki yang sering kali dilihat oleh mata masyarakat adalah sikap untuk mendapatkan sesuatu yang mereka inginkan sebagai satu bentuk maruah yang akan disarungkan pada badan mereka dalam satu penglihatan imaginasi karut mereka sendiri.
Pernah dibaca ataupun didengari oleh beberapa info yang mengatakan bahawa, kehebatan seorang lelaki itu bergantung kepada tiga perkara:
1. harta
2. kekuasaan
3. wanita
Perkara tersebut kadangkala sering kali berkeliaran diluar astaka minda dan ianya masuk akal bila direnungkan dalam bentuk logiknya. Sejak dahulu lagi, perkara tersebut ditonjolkan sangat-sangat jelas oleh pihak atasan terutama ketua raja ataupun Raja.
Namun,
kerakusan untuk memiliki baju maruah yang tinggi nilainya ini mungkin akan membinasakan balik diri sendiri kerana tiga perkara tersebut bukanlah apa yang perlu ada pada seorang mukmin dilantai bumi ini.
Untuk yang telah berada dikedudukan atasan, ataupun orang-orang senang, kemampuan untuk memperoleh perkara tersebut adalah sangat mudah kerana mereka telahpun dibesarkan dengan perkara utama, harta. Hidup senang dari mula, akan menampakkan lagi landasan masa hadapan yang bakal cerah.
Apakan daya, bagi yang hidup bermula dari bawah. Keinginan untuk mendaki kepuncak atasan dan berada bersama-sama orang lain yang sama juga spesifikasinya dengan dirinya itu lebih kuat. Azam yang ditanam dan nekad bertahun-tahun menambahkan lagi lukisan pelan strategi diminda mereka. Ada yang melukis dengan sempurna, dan ada yang melukis dengan menggunakan akal di buku lali kaki.
Apa yang perlu, hanya sabar. Perkara tersebut tak membawa apa-apa sebenarnya kerana telah diberitahu bahawa dilantai bumi ini, semuanya sementara. Apa yang dirasakan oleh lelaki adalah terdetiknya dari suis hati.
Salah langkah walaupun sedikit,
akhirnya kehilangan sebuah penantian yang sangat ternilai,
penantian yang dinantikan sejak dahulu,
kerana tahu nilainya amat berharga.
Salah langkah yang bermula dari rakus,
tak sabar dari awal,
ingin berada diatas bersama yang lain,
kini tersilap langkah dan kehilangan.
Salah langkah kehadapan mungkin kehilangan selangkah dibelakang,
mungkin patut kehadapan atau mungkin terus menunggu,
siapa tahu kalau menunggu akan mendatangkan hasil,
jawapannya bukan dari kita,
kerana arkitek yang melukis,
namun yang meluluskan juga tetap dari majlis yang satu,
begitu juga manusia yang merancang,
namun tuhan yang satu yang mengizinkan.
Usah melihat yang berjaya dihadapan,
kerana mungkin terdetik untuk kehadapan juga bersama,
mungkin kehadapan akan membawa hasil,
mungkin kehadapan membawa bukan hasil,
apapun apa yang positif akan membawa hasil.
Tapi cuba tunduk kebawah,
lihat dicelah antara dua kaki,
dibelakang kita, masa silam kita,
suatu dahulu,
semua berasal dari putih yang suci dan bukan putih-putih melati,
namun pandang keatas semula,
siapa kita sekarang,
tidak lagi putih,
nilai semula samada ditempat langkah mana,
yang telah mencorakkan kita,
dan telah mencorakkan warna putih suci itu.
Boleh atau tidak untuk bersuci,
seperti putih pada asalnya,
jawapannya,
sudah tentu boleh,
selagi belum musnahnya lantai ini,
pintu itu sentiasa terbuka.
Aku akan usaha!
Kehilangan beberapa yang lalu,
membuat aku rakus seketika lalu,
walaupun aku mempunyai semua yang mahu,
semua yang dipendam,
namun yang lalu,
susah untuk disapu semula,
rugi.
I am a man of everything,
but master of nothing.

1 ulasan:
deep
Catat Ulasan