Aku rasa aku belum berkesempatan lagi nak memberitahu yang aku dah berjaya melanjutkan pengajian aku ketaraf yang bertambah akademiknya.
Ya, hampir dekat tujuh bulan aku berjaya menetap dan masih lagi untuk menyempurnakan menyelesakan diri bergelaran mahasiswa.
Kehidupan disini tidak seperti di Politeknik dulu, aku mesti cuba untuk berubah dan tak seperti dulu, lihat lah karangan yang aku buat ni, takboleh blah kan nak baca? Hahahahahahahahhaha
Sebenarnya aku masih sama la ~ hahahahahahhaa
Cuma bila berada bersama dengan budak2 yang golongan agak intelektual STPM, Matrik dan lain2 ni, mereka agak sukar untuk mendekatkan jurang bersama dengan aku yang dari Diploma main2 ni. Lagi2 aku ni jenis main2 berperangai setan sedikit ni.
Lalu, aku sendiri cuba untuk memperbaiki diri sedikit demi sedikit.
Baru sekarang aku teringat nak menulis beberapa untuk blog ni, sebelum ni aku ingat nak matikan je. Tapi, macam sayang walaupun dah tak aktif macam 5 6 tahun yang lepas, tapi.. rasa sayang tu ada la shikitt shiikitt..
Tak tau la samada ada lagi yang membaca blog ni. Harap2 masih lagi orang yang setia bersama aku, aku harap doa yang aku harapkan kena la pada sama yang aku bayangkan yang sentiasa ingatkan aku. *hope so ada la
Kembali pada kehidupan aku yang agak biasa2 ni.
Aku sekarang di Universiti Sains Malaysia, Penang.
Tujuh bulan kat sini, tujuh bulan jugak aku masih macam terkejut beruk bontot merah kat sini. How is it impossible that i can survive until this kind of stage of education? For seriously, sepanjang perjalanan pembelajaran aku, aku tak pernah pulun study dalam serious, kebanyakkannya main2. *cuma ikut musim, aku pulun jugak. But, in the end aku bukan seorang yang cemerlang.
Tapi ni lah yang dikatakan tuah orang. Tuah tu bukan datang sendiri. Mungkin ya, mungkin tidak. Ini mungkin dah tertulis sejak dulu, atau aku berjaya mengubah laluan kehidupan aku, atau ni salah satu berkat doa2 mak ayah dan orang2 lain. *korang ke?
Alhamdulillah.
Sebagai rasa bangga dengan diri ni, aku selalu berharap aku dapat membuka balik inspirasi2 dan semangat belajar macam dulu yang pernah aku rasa. Rasa nak go for something and achieve.
Sebab aku sekarang masih lagi main. Main. Main. Macam aku dulu tu ler. Tak pernah serious lagi pulun buat kerja. Ini baru beberapa peratus usaha yang aku keluarkan. Kenapa tak aku usahakan habis2san? Aku mampu diaaa..
Aku mendoakan "inspirasi yang baru dan semangat yang membakorr".
Amin.
InsyaAllah aku akan rajin2 update.
Biar aku jadikan blog ni sebagai perjalanan hidup untuk dikongsikan untuk pembaca, keluarga dan keturunan yang tak tahu bila masanya nanti. Since, aku pun tak bercadang untuk menjadi badguy yang nak merahsiakan identiti, so, aku open kan semuanya di sini.
So long,
Madeyshadow
Tiada ulasan:
Catat Ulasan