Assalamualaikum,
Disini aku nak menceritakan perihal subjek ataupun kelas studio. Kalau zaman2 Diploma Politeknik, kelas untuk subjek yang berkaitan design2 senibina ni dipanggil kelas design disebabkan kod subjek tu sebagai design 2-5 mengikut semester.
Oleh itu, budak2 Poli ni selalu sembang "design dah siap ke?", "design sampai mana dah?". Ucapan tu merangkumi untuk bertanya pasal kerja assignment subjek kelas tu.
Tapi bila di universiti ni, dia panggil studio sebab kod subjek tu dikenali sebagai studio 100-500 dan bukan sebagai design.
Beberapa bulan pertama disini, aku belum dapat adaptasikan perkataan studio tu, sebab terbawa2 perkataan design. Bila budak2 sini sembang gaya orang sini, masih terdiam senyum je la aku.
Sekarang aku mula faham.
Baru beberapa hari yang lepas, subjek studio 200 sudahpun melalukan trip akademik ke Ipoh~
Aku pun dak2 Ipoh.
Bosan tapi terpaksalah menyeronokkan keadaan, *chill lah follow keadaan, takkan nak ikut perasaan sendiri je
Pada awalnya macam tak berminat sangat, tapi selepas hujung hari pertama di Ipoh, semangat aku 'membakor2'.
Asal?
Sebab seorang lelaki yang baru aku memartabatkan sebagai seorang idola, bapa, mentor dan legendari untuk aku contohi kelak suatu masa.
Tiada apa yang istimewa dengan lelaki ni, tapi cara dia menyampaikan dan mewatakkan apa yang ada pada diri dia membuatkan aku tertarik untuk sentiasa melihat dia.
Dia lebih menekankan isu ekosistem pada struktur bangunan dan juga menjaga khazanah senibina asal negara.
Dahulunya aku tak berminat.
Namun sekarang hijab aku terbuka untuk melihat dan berfikir lagi mengenai apa yang dia sampaikan dan ceritakan kat aku.
Ya
Orang2 lama ni cuba memberitahu apa yang dia nak lakukan sewaktu dia kuat dulu, sewaktu dia mempunyai tenaga, sewaktu dia mempunyai masa waktu ketika dulu.
Bukan niat dia tu untuk merealisasikan ideologi dia sendiri, namun ini semua pendapat dari dia atau dari mentor dia dari termurun.
Khazanah senibina ini harus dijaga dan dimahirkan dalam diri pelajar2 senibina, dan tidak seharusnya pelajar ni hanya menumpukan pada senibina moden sahaja. Ini kerana mungkin menyebabkan senibina moden ni mampun melupuskan nikmat dan estetika khazanah senibina sebelum ni.
Kalau ditelitikan semula, senibina asal kita, sudahpun memainkan peranan dalam pertemuan antara struktur dan alam sekitar.
Jika ini sebuah sahutan yang dia cuba berikan,
Aku terima sebagai cabaran yang serius.
Sekian,
mdyshdw
Tiada ulasan:
Catat Ulasan